Entri khas untuk mama ,

Assalamualaikum :)
Hai blog yang dah bersawang . HAHA . dah lame kot tak update .
Hari nihh kita nak cite pasal mama kita .

 ini mama dengan abah .

Semua mesti tahu , ibu seorang wanita yang sangat istimewa .
Ibu kandung kita selama 9bulan . dia lahirkan kita walaupun sakit .
Ibu sanggup bangun pagi-2 buatkan kita susu supaya kita tak menagis je .
Ibu sanggup tak makan asalkan kita kenyang .
Ibu cari rezeki dari pagi sampai petang untuk bagi kita kesenangan .
Ibu sanggup tido lewat sebab nak temankan kita buat keje sekola .
Ibu sanggup keluarkan duit yang dia simpan selama ni supaya kita dapat belajar kat universiti .
Ibu sanggup bersengkang mata sidai kain supaya nanti pagi-2 kita tak menangis .
Ibu lahh segalanya . Tapi , kadang-2 kita tak sedar yang kita banyak buat ibu sedih .
Memang ibu tak tunjukkan kat kita yang dia sedih . Ibu pandai berpura-pura .

Kadang-2 , kita marah ibu sebab masak tak sedap .
Kadang-2 , kita marah ibu sebab balik lambat.
Kadang-2 , kita marah ibu sebab tak gosok baju kita .
Kadang-2 , kita marah ibu sebab tak temankan kita buat keje sekola .
Kadang-2 , kita marah ibu sebab lambat sangat pakaikan kita baju.

Tapi , ibu langsung tak marah .
Malah , dia ikut je kehendak kita . Ayah marah ibu sebab ikut je kehendak kita .
Tapi , ibu buat selamba . Ibu bela kita lagi ada la .

Betapa sayang ibu kat kita .
Tapi , kadang-2 kita buat tak kisah je .
Yang kita tau kita gembira .
Kita tak kisah langsung perasaan ibu kita .
Bila masuk universiti , baru kita ingat kat ibu .
Masa tula , rasa sedih bila jauh dengan ibu .

Masa tula , rasa rindu dengan ibu.
Masa tula , teringin nak makan masakan ibu.
Masa tula , cakap SAYANG GILA kat ibu .

Masa susah , cari ibu .
Masa senang , lupakan ibu.
Mungkin ni berlaku dekat sesetengah  orang saja .

 *sila ignore muka annoying nihh

untuk mama :*

Selamat Hari Ibu , mama <3

p/s : bergenang air mata buat entri untuk mama :')








April Fool Day

Assalamualaikum :)
Pagi-pagi dah bukak komp and terus buat entri .
Pkul bape ntah , kawan text .
Dia kata , yiyi text dia .
Firstly , rasa terkejot . Sebab , kitorg  dah takde pape .
Pastu dia text balik . Dia cakap , April Fool Day .
Yaah ! I know . Saya mangsa April Fool Day .
Tiba-tiba , naja teringat . Ada satu buku nih mengatakan April Fool Day nih,
Kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka pada 1 April .
Lepas sarapan , terus pegi cari apa hukum menyambut April Fool Day .
Then , keluarlah reult segala .
Bukak laman web jais punya .
Dapat kisah tentang April Fool Day nihh .
Ini ceritanya 

"APRIL FOOL'S DAY"Print
Image Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.  
     Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.
     Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.
           

Cerita selanjutnya , >tekan sini< .
Masa buat entry nih , rasa debardebar .
Sebab ini mengenai Islam .
Tapi , disebabkan taknak kawankawan sambut April Fool Day ,
naja tulis gak pasal nihh .

Kalau ada yang salah , sila betulkan .
Saya cuma insan biasa sahaja  :) 


sayang mereka

 
mama<3 abah<3
hello ! :D
now , nakk cerita tentang orang yang beri peranan dalam 
hidup naja *winkwink 
nampak kan gamba kat atas tuhh .
itu mama dengan abah naja .
setiap bulan , mama yang kasi duit belanja .
tapi , kadang kadang , abah kasi jugak . HEHE .

kalau ade ape ape masala , memang naja share dengan mama .
kalau dengan abah ? FUHH !
nak kene keja satu taman ? cube lahh buat .
sy memang suke kerah lemak sy bekerja ! HAHA .

yang selalu hanta naja ke sekola , of course lahh my abah !
tapi , die selalu hanta lewat . *hee
tak pe lewat , asalkan selamat ! :D

oke , now nak bitau tujuan naja post entry nihh .
*HAHA . 
tujuan nye , of course lahh sebab naja nak HARGAI dorang .
HAHA . jangan pecaye . tipu je tuhh !
okeyy lahh . GTG , texting time <3